Anak Panah Prosedur Kaunseling Barat Dihalakan ke Masa Lampau Kaunselee


Salah satu ciri penting yang membezakan prosedur kaunseling Barat daripada prosedur kaunseling Islam adalah arah anak panahnya.

Manakala anak panah kaunseling Islam dihalakan ke masa hadapan, anak panah kaunseling Barat dihalakan ke masa lalu, ke dalam sejarah, kepada peristiwa-peristiwa yang telah terjadi pada masa lampau.

Teori kaunseling Barat percaya segala sesuatu yang berlaku hari ini mempunyai sebab-sebabnya pada masa lalu. Oleh itu hanya dengan memahami apa yang berlaku pada masa lalu barulah seseorang itu dapat pula memahami situasinya sekarang.

Dalam sesi kaunseling yang menggunakan prosedur Barat, kaunselor mendorong kaunseleenya supaya mengenang kejadian-kejadian yang pernah berlaku ke atas dirinya, dan orang-orang yang terlibat dalam kejadian-kejadian itu, yang menghasilkan situasinya sekarang.

Prosedur kaunseling Barat itu adalah sedemikian kerana teori-teori psikologi Barat yang dijadikan asas amalan-amalan kaunseling sangat mementingkan hubungan sebab-akibat pada memahami tingkah laku manusia.

Dalam aplikasinya di bidang kaunseling, pakar-pakar Barat percaya seseorang itu hanya dapat mencari jalan keluar dari situasinya sekarang dengan erlebih dahulu dia memahami semua faktor yang menjadi punca dan sebab-sebab dia berada dalam situasinya sekarang.

Inilah ciri yang paling berbeza dengan prosedur kaunseling Islam. Dalam amalan kaunseling Islam peristiwa-peristiwa pada masa lampau kaunselee tidak dikaitkan dengan proses mencari jalan keluar dari situasi yang dihadapinya sekarang.

.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Seorang guru saya berkata, "Bezanya orang Islam dan orang bukan Islam adalah dari pandangan masa. Orang bukan Islam adalah hasil masa lampaunya. Orang Islam adalah hasil masa hadapannya".

    "Orang bukan Islam diterap dan ditolak oleh kenangan-kenangannya ke alam nyata, manakala orang Islam digalak dan ditarik oleh pertemuan dengan Allah dan JannahNya".

    Wassalam,

    ReplyDelete