Kaunseling Islam Tidak Menggalakkan Kaunselee Mencurahkan Perasaannya di Hadapan Kaunselor
Dalam prosedur kaunseling ciptaan pakar-pakar Barat, kaunselor menggalakkan kaunseleenya bercakap dan menyatakan emosinya, malah menggalakkan supaya emnosi itu dipamerkan, khususnya emosi-emosi negatif seperti marah, kecewa, sedih, benci, dendam dan lain-lain.
Objektifnya adalah supaya kaunselor dapat membantu si kaunselee memahami mengapa dia merasakan emosi-emosi itu, dengan demikian diyakini si kaunselee akan dapat mengambil langkah yang betul bagi mengendalikan, mengawal, dan mengurus emosi-emosi negatifnya itu.
Kaunseling mazhab Barat berpegang pada hipotesis bahawa sikap memendam perasaan adalah tidak baik dan menimbulkan kesan-kesan negatif kepada si kaunselee.
Amalan kaunselor menggalakkan kaunselee mencurahkan perasaannya menjadi faktor yang menyebabkan sesi kaunseling Barat memakan masa yang sangat panjang dan berulang-ulang.
Meskipun kaunselee digalakkan mencurahkan perasaannya namun amalan itu tidak menjamin akhirnya kaunselee dapat mengendalikan, mengawal, dan mengurus emosi-emosi negatifnya itu.
Dalam prosedur kaunseling Islam, kaunselor tidak menggalakkan si kaunselee mencurahkan perasaannya. Ada 3 risiko pada sesi mencurahkan perasaan:
1. Kaunselee melakukan dosa mendedahkan aibnya sendiri.
2. Kaunselee melakukan dosa mendedahkan aib kaum keluarganya dan orang-orang lain.
3. Kaunselor melakukan dosa mendengar kaunseleenya mendedahkan aib.
--------
Nota: Tuan boleh menerima melalui emel semua posting dalam blog ini dengan menuliskan alamat emel tuan dalam jendela yang disediakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment