Prosedur dan Teknik Kaunseling Islam adalah Terpisah daripada Akidah Islam
Pada asal-usulnya, prosedur dan teknik-teknik kaunseling Islam adalah adalah digali daripada sumber-sumber Sunnah Nabi Muhammad. Baik prosedur mahupun teknik-teknik itu, kedua-duanya adalah bersifat universal.
Ciri universal pada prosedur dan teknik kaunseling Islam itu membolehkan ia dibezakan dan dipisahkan daripada akidah Islam
Disebabkan prosedur dan teknik-teknik kaunseling Islam adalah terpisah daripada sistem kepercayaan, maka kaunseling Islam dapat digunakan oleh sesiapa sahaja, bagi mengkaunsel sesiapa sahaja, apakah kaunselor dan klien itu beragama Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Bhudha ataupun pagan.
Prosedur dan teknik-teknik kaunseling Islam dapat diajarkan, dipelajari dan diamalkan dengan mudahnya oleh kaunselor-kaunselor yang bukan Islam.
Ambil sebagai contoh, prosedur kaunseling Islam yang tidak memerlukan kaunselor mengorek-ngorek sejarah silam kaunselee. Prosedur ini tidak ada kaitannya dengan agama kaunselor mahupun kaunselee.
Dengan menggunakan prosedur dan teknik-teknik kaunseling yang digunakan oleh Nabi Muhammad, kauselor Hindu pun dapat memberikan kaunseling kepada klien yang beragama Islam.
Dan begitu juga kaunselor yang beragama Islam pun dapat menggunakan prosedur dan teknik kaunseling Islam bagi mengkaunsel klien yang beragama Hindu, ataupuan apa-apa sahaja fahaman kliennya.
-------
Nota: Tuan boleh menerima melalui emel semua posting dalam blog ini dengan menuliskan alamat emel tuan dalam jendela yang disediakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apabila sesuatu amalan yang disandarkan kepada Islam seperti kauseling Islam kemudian disebut pula ia terpisah dari Islam adalah tidak tepat. Setiap amalan Islam semestinya berkait rapat dengan akidah, itulah Islam yang sebenar. Saya cadangkan istilah 'terpisah' itu ditukar kepada 'tidak disebut','tersirat' atau apa juga istilah yang tidak menunjukkan ia terpisah.
ReplyDeleteSejarah prosedur dan teknik-teknik kaunseling Islam tidak terpisah daripada sejarah Islam itu sendiri.
DeletePada aspek operasinya, prosedur dan teknik-teknik itu dapat dipisahkan, dan perlu dipisahkan. Pemisahan itu membolehkan kaunseling Islam menjadi kaunseling universal.
Setuju, label yg salah itu bahaya kerana kalau label itu label sesat ia akn menyesatkan yg melihat atau membaca label tersebut.. betapa ilmu dan perjuangan ibnu Taimiyah di label dgn yg tidak baik oleh umat Islam apalagi kalau label jahat itu di beri oleh ali ulama..wallahua‘lam
DeleteAssalmualaikum. Saya kurang setuju dgn perkataan terpisah, walupun saya faham apa yang hendak disampaikan(kaunseling islami tiada kitan dengan Creed, ataupun akidah islami, cuma caranya adalah cara islamik)
ReplyDeleteAsasnya, Nabi Muhammad sebagai contoh. Jadi, kenapa ambil Nabi Muhammd? Kenapa bukan Gandhi?
Muhammad sebagai contoh terbaik. Pemilihan Muhd merupakan suatu bukti kepaksian kepada akidah Islamiyah.
Pendapat saya, ada kaitan , tetapi bukan teisah secara langsung.
Please rewrite tajuk tu
ReplyDeleteConfusing dan ia nya tidak benar,
Benarlah seperti teguran sahabat yg terdahulu
TK
Tolong lah...ini dah salah fahaman. kaunseling Islam tidak boleh terpisah daripada akidah sebab itu adalah teras kepada perubahan tingkah laku seseorang Muslim ke arah yang lebih baik.dan seseorang kaunselor Islam juga perlu ada kefahaman tentang agama Islam.
ReplyDeleteKaunselor Islam boleh aplikasikan kaunseling Islam kepada klien beragama lain tetapi dengan cara yang bersesuaian kerana Islam adalah agama universal.namun demikian kita boleh tunjukkkan cara Islam kepada klien agama lain sekiranya mereka mau.
ReplyDelete